[Index]

CBC’s Bahasa Malaysia Worship Service

Kabaktian Hari Merdeka 2008


BMCS (Bahasa Malaysia Celebration Service) telah mengadakan satu kebaktian pada hari Merdeka ke-51. Kebaktian tersebut adalah istimawa atas beberapa sebab. Yang pertama, kita ada kawan baru bersama kita. Saudara Danny an saidari Christabel mengundang tiga sahabat mereka dari Indonesia, yakni Ivan, Tina dan Eileen.
Kita berkenalan dengan Danny dan Christabel dari Pasar Malam Cafe. Kehadiran dan iman mereka amat memberangsangkan kita semua.

Kebaktian bermula dengan Negaraku sempena hari Merdaka. Saudari Jamie dan saudari Lee Yen seperti biasa bermain muzik dengan baik. Mereka berdua amat setia dalam penyembahan mereka.

.0750.jpg
Saudari Linda (dalam kemeja-T jingga) dan Linda duduk di hadapan, diikuti dengan lima Sekawan, Pastor Reynold, saudara Vincent dan saudari Florence.

 

Penyembahan di gereja kanak-kanak

.0753.jpgKita bermanfaat dari khutbah Pastor Melissa yang membimbing semua meneliti kehidupan Kaleb. Pastor Melissa telah menyediakan PowerPoint dengan sempurna. Inilah julung kali Pastor Melissa berkhutbah di Geraja Kominiti Baptis. Kita berharap beliau dapat berkhutbah dengan lebih kerap lagi untuk kemuliaan Tuhan dan kebaikan umat. Satu cenderahari diberikan kepada Pastor Melissa. Kebaktian disusuli dengan jamuan yang cukup istimewa. Ramai yang membawa makanan masing-masing. Ada nasi, ada mi, ada ayam, ada piza, ada kuih, ada pencuci mulut. Kita berbual-bual sambil menjamu selara. Inilah satu hari yang diberkati Tuhan.

by Yuen Loong Ngui

 


[Index]